Satu tusukan dan anda dijangkiti. Memahami penyakit tersebut dan risiko. Dapatkan ujian darah.

Eddie David, pemilik Borneo Ink Tattoo berkongsi bagaimana pekerjaannya sebagai tatu artis meningkatkan risikonya untuk terdedah kepada jangkitan Hepatitis C.

Pengenalan

Di Malaysia, terdapat sekurang-kurangnya 380,000 orang yang dijangkiti Hepatitis C Virus (HCV) dan kekal tanpa didiagnosis. Angka ini meningkat setiap tahun.

Apakah kebahayaannya apabila dijangkiti HCV dan tidak mengetahuinya? Hepatitis C adalah sejenis keradangan hati yang disebabkan oleh HCV. Selebih 75% – 85% penghidap akan mengalami jangkitan jangka lama atau menjadi kronik dan menyebabkan masalah hati yang serius, termasuk sirosis (pemarutan hati) atau kanser hati.

80% orang yang dijangkiti Hepatitis C tidak menunjukkan sebarang simptom. Ini menyebabkan pengesanan awal dan rawatan rapi menjadi satu cabaran. Dalam kebanyakan kes, pesakit Hepatitis C didiagnosis apabila jangkitan itu telah menyebabkan kerosakan yang serius kepada hati.

Diagnosis awal melalui ujian darah boleh mencegah masalah kesihatan yang mungkin timbul daripada jangkitan dan mencegah HCV. Apabila rawatan diperlukan, tujuan rawatan Hepatitis C adalah untuk menyembuh, dan ia dapat mencapai kadar penyembuhan lebih daripada 95%.

Mengenai Kempen Ini


Memperkenalkan How’s Your Blood?, sebuah kempen kesedaran Hepatitis C oleh Hepatitis Free Malaysia (HFM) untuk mendidik masyarakat, khususnya kumpulan berisiko tinggi, tentang Hepatitis C dan kepentingan ujian darah untuk pengesanan awal dan rawatan rapi.

Matlamat kami adalah untuk membebaskan Negara kita daripada Hepatitis C. Usaha kami sahaja tidak mencukupi. Untuk mencapai matlamat ini, kami perlukan sokongan semua orang.

Klik di sini untuk mendaftar, sekiranya anda adalah profesional penjagaan kesihatan dan ingin membantu kami untuk mencari ribuan lagi penghidap yang belum didiagnosis.

Penyebaran Virus Hepatitis C

Hepatitis C adalah sejenis keradangan hati yang disebabkan oleh HCV.

Dianggarkan 15% – 25% individu yang dijangkiti akan pulih sendiri tanpa rawatan.

Selebih 75%-85% penghidap akan mengalami jangkitan jangka lama atau menjadi kronik.

Hepatitis C kronik boleh berlanjutan seumur hidup dan menyebabkan masalah hati yang serius, termasuk sirosis (parut hati) atau kanser hati.

Kumpulan Berisiko Tinggi

Anda berisiko tinggi jika anda:

  • Menerima transfusi darah dan produk darah seperti sel-sel merah, platelet, plasma, dan sebagainya yang tidak disaring, sebelum tahun 1994.
  • Mendapatkan tindikan badan atau tatu menggunakan peralatan tanpa sterilisasi.
  • Menyuntik atau pernah menyuntik dadah ke dalam badan menggunakan jarum yang dikongsi.
  • Menjalani rawatan hemodialisis.

Rujukan

  1. Stanaway et al, The global burden of viral hepatitis from 1990 to 2013: findings from the Global Burden of Disease Study 2013, Vol 388, 1081-88, Lancet, July 2016.
  2. Fatiha S, et al. Estimated 3-year acquisition cost of direct acting antiviral (DAA) for the treatment of Hepatitis C in Malaysia in 2018 to 2020. APASL 2018 Delhi.
  3. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Hepatitis FAQs for the Public. Retrieved from https://www.cdc.gov/hepatitis/hcv/cfaq.htm. Last accessed 19 March 2018.
  4. World Health Organization (WHO). Hepatitis C. Retrieved from http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs164/en/. Last accessed 19 March 2018.